Tuesday 16 February 2016

Makluman

Pendaftaran untuk penyertaan telah ditutup. Sila jelaskan bayaran yuran penyertaan sebelum atau pada 20 Februari 2016.  Terima Kasih!


FINISHER MEDAL


Sunday 17 January 2016

THeRT Race 2016

Taiping Heritage Rail & Trail Race 2016 atau THeRT Race 2016 merupakan satu program yang menggabungkan acara pertandingan yang melibatkan peserta perlu melakukan cabaran di dalam keretapi elektronik laju atau ETS (Electronic Train Service) dan melakukan cabaran di sepanjang laluan jejak warisan atau Taiping Heritage Trail. Selain daripada itu, program ini merupakan acara yang menggabungkan elemen pendidikan dan keseronokan di dalam satu aktiviti yang sihat dan memberi impak yang besar kepada peserta dan semua pihak terlibat di dalam penganjurannya.

Program ini merupakan anjuran bersama Kolej Komuniti Taiping dan Politeknik Metro Kuala Lumpur.  Selain itu, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Taiping dan Keretapi Tanah Melayu Berhad.